Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mungkin ramai di sini yang sudah melihat perkongsian saya di MHI tentang topik Homestay. Sebenarnya ia adalah hasil dari perkongsian saya tentang topik Homestay di Blog ini. Di dalam perkongsian saya menceritakan tentang pengalaman saya dan keluarga menjadikan kediaman kedua keluarga sebagai homestay bagi perlindungan dan kemudahan orang ramai. Sejak artikel homestay ini disiarkan di blog, ia mendapat sambutan ramai pembaca dan pelbagai pertanyaan sampai ke kotak inbox email saya.
Semenjak ia terpilih sebagai topik perbincangan di siaran langsung Malaysia Hari Ini TV3, homestay saya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan tetamu tidak putus-putus. Sebelum ini, saya juga berpengalaman menulis artikel-artikel lain di blog dan mendapat perhatian media massa yang lain seperti:
Majalah Impiana : Artikel tentang dekorasi kediaman
Majalah Midi : Artikel tentang dekorasi kediaman
Majalah Mingguan Wanita : Artikel tentang dekorasi kediaman
Majalah Era Muslimah : Artikel tentang kediaman & Kisah Peribadi
(Dijemput manjadi penulis tetap setiap bulan)
Suratkhabar Harian Metro : Artikel tentang Ubah suai kediaman
Rancangan Safiyya TV9 : Artikel tentang perkhidmatan rekabentuk 3d online
Rancangan MHI TV3 : Artikel tentang Homestay
Ia sebenarnya adalah di luar jangkaan saya. Namun setelah menilai balik teknik-teknik yang digunakan , saya telah menyiapkan satu modul khas untuk saya kongsikan dengan orang ramai bagaimana untuk melakukan teknik "mudahnya menjemput rezeki" dengan berblogging.
Tanpa teknik yang betul dalam berblogging ia mungkin ia akan menyebabkan :
-kerugian masa
-hilang momentum berkongsi
-orang menyampah
-mendapat dosa
-sia-sia
-memalukan diri sendiri
Dengan teknik yang betul ia akan menjadikan kita:
-semangat berkongsi
-dikenali dan disukai ramai
-mendapat perhatian pihak tertentu
-didekati oleh media massa
-dapat berbakti dengan orang ramai melalui info yang dikongsikan
-mendapat pahala dengan penyebaran ilmu dan info
-mendapat pelbagai jemputan dan tawaran peluang-peluang baru yang tidak di duga
Bagaimanakah teknik yang betul ini?
Saya ingin kongsikan teknik ini agar semua orang dapat hasil dan ganjaran daripada teknik ini seperti:
-mendapat peminat yang akan menjadi pelanggan
-dipercayai pelanggan
-digemari pelanggan
-mendapat pendapatan
-mendapat rakan niaga
-mendapat peluang membesarkan perniagaan
-dipercayai ramai
Selama ini saya hanya bersiaran di Blog setiap hari, namun kali ini saya ingin bersemuka dengan semua orang yang memerlukan teknik ini kerana saya bukan saja akan berikan teknik berblogging, malah saya ada lagi rahsia dan tips untuk 3 teknik berikut:
1) Penjenamaan Diri & Perniagaan
2) Merekabentuk Masterplan Perniagaan
3) Memperkenalkan dan Mempromosikan Perniagaan
Ketiga-tiga teknik ini ada pecahan teknik bonus yang lain. Saya bukan sekadar memberikan seminar tetapi saya membuat satu bengkel khas di mana ia adalah sesi untuk saya bantu dan latih setiap peserta mengeluarkan diri dan peniagaan masing-masing dan pasang strategi perniagaan yang mampu membuatkan mereka dikenali ramai. Insyaallah.
Banyak lagi yang saya ingin jelaskan dan sampaikan. Untuk baca selanjutnya tentang bengkel ini, boleh lihat di : http://bengkelbranding.blogspot.com atau di landing web official bengkel di www.bengkelbranding.com
Insyaallah jumpa kita di sana
Semua orang layak untuk menjadi luar biasa!!
Kita semua boleh jadi luar biasa.
Hanya perlu tahu ilmu, teknik, sistem, mentor dan tindakannya
Jumpa kita di bengkel ini nanti
Daftar bengkel di:
Salam Sayang
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
WAHM
No comments:
Post a Comment