Teks: khairunnisa hamzahara
KETERUJAAN
Semalam saya ada berkongsi tentang ketibaan Whiteborad sticker dan Blackboard Sticker yang di Taja Oleh Kedai Online Meow-Meow Kids Shop di rumah contoh blog Panduan Untuk Kediaman ini. Hari ini , alhamdulillah saya berkesempatan untuk memasang Whiteboard Sticker di bilik yang di khaskan untuk anak-anak.
KEHEBATAN TEKNOLOGI
Mungkin ada yang pernah dengar tentang Whiteboard Sticker atau mungkin ada juga yang tak pernah dengar. Iyelah, biasanya whiteboard datang dari jenis papan putih di mana ia berpapan dan perlu digantungkan dengan paku atau sekru di dinding. Ia juga berkeping , berat dan agak mahal. Namun kali ini, teknologi semakain canggih. Whiteboard boleh didapatkan dalam bentuk Cat (whiteboard paint) dan juga Sticker Dinding (wall sticker)
KELEBIHAN
Menariknya, ia mudah untuk di pesan (order) , murah, ringan serta mudah di pasang. Hasilnya sama seperti whiteboard biasa. Malah ia boleh di kerat-kerat (digunting) kepada berbagai saiz dan pelbagai bentuk ikut kreativiti, suka dan kepenggunaan.
KEGUNAAN
Jika kebanyakkan ibu bapa sering risau anak-anak menconteng dinding rumah terutamanya rumah baru, dapatkanlah Whiteboard sticker ini kerana ia boleh dilekatkan di dinding dan tidak menghalang anak melakukan ekspresi diri. Selain di bilik anak-anak, whiteboard sticker ini boleh digunakan secara meluas seperti dilekatkan di kedai sebagai dinding menu, atau di pejabat sebagai dinding nota.
PEMASANGAN
Ianya sangat mudah dipasang dan dibersihkan selepas digunakan. Sesuai untuk pembelajaran anak-anak dan dekorasi rumah. Ianya boleh ditampal di
1. Dinding rumah (pastikan permukaan licin)
2. Kaca sliding door.
3. Dinding dapur (ceramic)
4. Pintu rumah
6.Lekat di pintu almari & tempat2 yg dirasakan sesuai (permukaan rata).
PENGALAMAN MEMASANG WHITEBOARD STICKER DI BILIK ANAK-ANAK
1. Dinding rumah (pastikan permukaan licin)
2. Kaca sliding door.
3. Dinding dapur (ceramic)
4. Pintu rumah
6.Lekat di pintu almari & tempat2 yg dirasakan sesuai (permukaan rata).
PENGALAMAN MEMASANG WHITEBOARD STICKER DI BILIK ANAK-ANAK
Semasa Kotak Whiteboard Sticker ini sampai ke tangan saya, ianya berada dalam keadaan baik dan mengujakan. Pen Markernya di simpan di dalam gulungan whiteboard sticker ini. Saiz nya adalah 45cm x 200cm. Jika mahu jadikan permukaan yang lebih besar sebagai whiteboard, bolehlah dapatkan beberapa kotak.
Untuk langkah permulaan, saya buka gulungan nya dan bentangkan ke atas lantai. Memang panjang. Jika mahukan ia kelihatan lebar, maka perlu di bahagi dua kemudian di cantumkan secara atas bawah. Untuk kegunaan bilik anak-anak ini, saya lebih suka kekalkan ianya memanjang kerana boleh digunakan oleh dua orang anak sebelah menyebelah dalam satu masa yang sama.
Namun, saya kerat sedikit kepingan ini untuk disimpan bagi kegunaan lain kelak. Mungkin pada satu sudut di ruang pejabat atau satu sudut di ruang dapur sebagai notice wall.
Mudah saja cara memasangnya, hanya perlu kopekkan kertas belakangnya dan tampal. Kertas belakangnya juga merupakan kotak-kotak grid di mana ia dijadikan sebagai panduan pengukuran bagi mereka yang ingin kerat whiteboard sticker ini kepada kepingan lain yang lebih kecil dan di bahagi-bahagikan. Walaupun ia kelihatan mudah, namun nasihat saya, biarlah mempunyai pembantu untuk melakukan kerja menampal ini. Kerana ia agak rumit untuk dilakukan sendirian. Ini kerana jika semasa pemasangan boleh berlaku:
i- senget
ii-gelembong angin
iii-terlipat
iv-melekat di dinding dan agak sukar untuk betulkan/buka kembali kedudukan jika sekadar mahu tampal seketika (berehat/mencuba)
Nasihat saya lagi, buatlah penanda aras terlebih dahulu atau lekatkan pita di dinding untuk dijadikan panduan aras semasa melekatkan whiteboard sticker ini. Semasa memasang juga pastikan dibuat secara perlahan-lahan bagi mengelakkan terlipat dan bergelembong. Gunakan permukaan tangan untuk usap dan sapu perlahan-lahan di permukaan whiteboard sticker ini sehingga habis melekat semuanya.
Oleh kerana dinding bewarna putih dan sama dengan whiteboard sticker, ia agak menakutkan jika anak-anak terlajar dan menulis hingga terkeluar dan merosakkan dinding. Jadi, adalah dinasihatkan agar dinding di cat dengan warna berlainan terlebih dahulu jika ingin letakkan whiteboard sticker di dinding. Atau, boleh guna cara saya, iaitu, saya menggunakan masking tape bercorak sebagai border (garisan) di sekeliling whiteboard sticker bagi panduan anak-anak yang masih kecil.
Alhamdulillah, ini lah hasilnya. Pen markernya saya letakkan di dalam bekas storage pada rak di dinding bersebelahannya. Walaupun nampak mudah, namun makan masa juga untuk memasangnya sendirian. Saya ambil kesempatan ketika anak-anak kecil sedang menuntut di tadika, saya selesaikan pemasangan whiteboard sticker ini. Jika tidak, pasti mereka juga turut teruja memasangnya dan belum pasti hasilnya sebaik ini jika mereka bersama ketika proses pemasangannya ;)
Bagi bersedia menyambut kepulangan putera dan puteri kecil , saya siap-siap menulis WELCOME HOME dengan menggunakan Pen Marker yang turut disertakan dalam pembelian whiteboard sticker ini. Apabila balik saja dari tadika, seperti biasa, mereka berdua terus ke bilik mainan dan bilik belajar mereka ini. Apabila melihat whiteboard sudah terpasang, melompat-lompat keriangan sambil berkata " Yes, terima kasih, mommy" Kata mommy nya, terima kasih kepada Uncle Afzal dari kedai online Meow-Meow Kids Shop kerana sudi menaja Whiteboard Sticker dan Blackboard Stiker. Mana Blackboard Stickernya? Insyaallah saya akan kongsikan kisahnya di entry yang lain pula ;)
ISTIMEWA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI
Tokey kedai Meow-Meow Kids Shop, memberikan Diskaun buat semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman sebanyak RM2.00 untuk satu roll.
Harga Sebenar untuk whiteboard sticker adalah = RM45
Khas untuk pembaca setia blog ini, harganya hanyalah =RM 43 sahaja
Harga Sebenar untuk Blackboard sticker adalah =RM38
Khas untuk pembaca setia blog ini, harganya hanyalah = RM 36
Ia sangat jimat bagi mereka yang memerlukan roll yang banyak.
Dan setiap pembelian akan dapat maker dan kapur percuma seperti dalam pakej promo di sini:
dan
Tak percaya? Boleh lihat sendiri message yang saya terima dari Tokey Meow-Meow Kids Shop:
Sebelum saya habiskan entry ini, cuba lihat sekali lagi bagaimana hasilnya sebelum dan selepas pemasangan whiteboard sticker di bilik anak-anak:
Belum habis lagi, saya nak kongsikan sedikit sudutan video bagaimana reaksi mereka apabila tahu mereka sudah ada dinding yang boleh di conteng dan dipadam? ;)
Akhir kata dari saya, cubalah order satu dan cuba pasang. Insyaallah rasa nak lagi order dan pasang di ruang lain pula. Mungkin boleh jadikan hadiah hari lahir untuk anak-anak kawan kita.
Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan DI Rumah
Jemput singgah Meow-Meow Kids Shop untuk melihat lebih banyak yang menarik yang menjadi idaman "Ibu Bapa" kanak-kanak ;)
Nota: Bagi yang ingin menaja barangan atau hiasan untuk kediaman bagi dimuatkan di dalam blog ini, Penulis sangat berbesar hati untuk menerimanay, merasainya dan berkongsikan kisah pengalaman menggunakannya dengan orang ramai agar turut difahami dan dirasai oleh orang lain yang membaca entry tersebut. Tak kenal maka tak cinta. Dah rasa, baru tahu ;)
Jangan lupa sebut Nama Blog ini atau sebut saja nama saya bagi mendapatkan Diskaun ya ketika berurusan dengan Meow-Meow Kids Shop nanti
Lain-lain contoh penggunaan whiteboard sticker dalam carian Google :
Lain-lain contoh penggunaan whiteboard sticker dalam carian Google :
Waaa terbaiklah Nisa Nua! Terima kasih banyak2!! :)
ReplyDeleteThank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
tq info yang diberi
ReplyDelete