Teks: khairunnisa hamzahara
Semalam saya menerima email dari pembaca blog. Ia minta pandangan tentang skema warna untuk rumah barunya. Pagi ini saya ingin kongsikan cebisan dari ebook Panduan Kediaman Pertamaku:
Ketahui 4 Kategori Untuk Warna
1.Warna Semulajadi (Earth Color)
Ia merupakan warna-warna kombinasi yang merangkumi warna
Coklet - Perang - Kelabu - Hijau.
Warna-warna ini melambangkan skema ton warna yang boleh dilihat dan dijumpai pada alam semulajadi seperti warna pada batu-batuan, warna pada tanah, warna pada debuan dan warna pada pokok -pokok yang menghijau dan berdahan.
Warna semulajadi ini dikatakan dapat memberikan rasa dan perasaan yang sangat merehatkan minda dan jiwa seseorang yang berada di dalam lingkungannya.
Jika anda inginkan suasana ini di rumah, gunakanlah ia di ruang-ruang anda untuk menikmati suasana ini di rumah.
Warna-warna ini juga menjadi pilihan rekabentuk moden masakini sama ada untuk warna luar rumah atau warna pada hiasan dalam rumah.
Ini kerana kehidupan masyarakat kini terutamanya masyarakat bandar tertekan dengan kehidupan yang sibuk dan sesak.
Rumah dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai.
Jadi atas kesibukan zaman moden ini, pilihan warna semulajadi menjadi tempat di hati ramai orang tidak kira tua atau muda.
Ia juga menjadi pilihan warna kepada kebanyakkan hotel-hotel di serata dunia kerana ingin mewujudkan suasana merehatkan di unit hotel masing-masing bagi memenuhi kehendak utama tetamu iaitu untuk berehat
Dapatkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku untuk mendapatkan tips lebih lanjut berkenaan kediaman
Untuk tempahan rekabentuk 3d kediaman boleh masuk di sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment