Pages

Tuesday, 14 January 2014

Merekabentuk Kediaman Mengikut Keperluan, Hobi dan Minat Pasangan Professor dan Dokter

Teks: Khairunnisa Hamzahara

Pada topik yang lalu, saya telah berkongsi tentang Hobi dan Minat Mempengaruhi Rekabentuk Kediaman Seseorang. Pada kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman dan hasil merekabentuk kediaman seorang Professor Ilmiah dan Dokter Perubatan. Mereka merupakan pasangan suami isteri. 

Menyingkap kenangan semasa di datangi oleh kedua pasangan ini untuk mendapatkan idea rekabentuk, mereka merupakan kenalan kepada ayah saya sendiri. Pada permulaannya kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya disampaikan berita dari ayah tentang pasangan ini ingin membuat rekabentuk kediaman dua tingkat. Hanya itu sahaja maklumat yang saya dapat. Kemudian saya menyiapkan rekabentuk kediaman 2 tingkat tanpa mengenali dan berhubung dengan pasangan ini kerana saya hanya mendapat maklumat dan diminta oleh ayah sendiri. 

Namun, tepat jangkaan saya, ketika mereka menerima rekabentuk tersebut, tidak sedikit pun mereka rasa suka terhadap rekabentuk tersebut. Kata mereka, ia terlalu moden dan nampak mewah. Ia bukan citarasakami. Kami perlukan rumah yang nampak biasa di luar tapi selesa di dalam untuk mai sekeluarga.

Akhirnya saya buat keputusan untuk memberikan soalan analisa terhadap pasangan ini. Penting untuk saya tahu apakah pekerjaan si suami dan apa pula pekerjaan si isteri. Saya juga mengambil tahu berapa orang anak-anaknya dan umurnya. Kemudian saya ambil tahu hobi dan minat mereka. Alhamdulillah, dari pada sini saya dapat menghasilkan satu rekabentuk yang dapat memenuhi kehedndak mereka sekeluarga.

Ingin tahu apa yang saya dapat tahu tentang mereka dan macam mana saya hasilkan rekabentuk mengikut diri pemilik kediaman ini? Baiklah, mari saya kongsikan serba sedikit.

Menyelongkar Keperluan, Hobi dan Minat

1)Si Suami dan Isteri merupakan seorang professor dan dokter. Mereka sangat suka membaca. Jadi sudah pastilah mereka memerlukan ruang membaca untuk hobi dan minat mereka ini.

2)Mereka juga ada seorang anak istimewa. Anak istimewa ini suka sangat mandi kolam renang di hotel. Jadi mereka sebenarnya ada impian andaikata rumah mereka boleh ada kolam renang tertutup untuk anak mereka.

3)Kemudian, mereka ini merupakan seorang yang islamik, mereka sangat ambil berat tentang privacy. Jadi mereka perlukan ruang yang berlainan untuk kegunaan tetamu dan keluarga. 

4)Dan oleh kerana anak mereka kesemuanya lelaki kecuali seorang perempuan (anak istimewa), mereka perlukan bilik yang lengkap dengan bilik air kerana mudah bagi bakal menantu perempuan untuk menjaga aurat nanti

Ruang Yang Diciptakan

1)Lalu ruang membaca disediakan untuk mereka sekeluarga

2) Ruang ini menghadap kolam renang yang dibina di dalam rumah. Ia bersebelahan kolam renang, jadi ahli keluarga boleh memantau anak istimewa mereka berenang. Malah ia boleh dijadikan aktiviti keluarga. Kolam ini boleh dibuka untuk aktiviti outdoor jika pintu sekelilingnya dilipat dan dibuka. Ia juga boleh dilihat dari ruang makan keluarga

3) Ruang untuk tetamu direka luas dan menghadap kolam renang. Namun jika perlu, ia juga boleh di tutupkan pandangan dari kolam renang. Ruang untuk tetamu ini dilengkapi dengan bilik air dan bilik tidur untuk tetamu tanpa perlu mereka untuk naik ke ruang keluarga. Ruang keluarga ditinggikan sedikit sebagai tanda ia bukanlah ruang yang tersedia untuk tetamu jika tidak dijemput naik.

4) kesemua bilik anak lelaki dilengkapi dengan bilik air. ia memudahkan bakal menantu menjaga aurat masing-masing jika tinggal di kediaman ini

Alhamdulillah, prof dan dokter ini sangat gembira dengan rekabentuk yang dibuat di mana rekabentuk ini dikatakan memahami kehendak mereka dan tambahan dari segi bentuk luaran, terutamanya di bahagian hadapan rumah, ia dilihat seperti rumah setingkat dan mempunyai satu ruang sahaja yang ditinggikan, namun di belakangnya ia dinaikkan dua tingkat.

Dengan itu, jemput lihat rekabentuk yang dihasilkan. Sekiranya ada yang ingin merekabentuk kediamana mengikut keperluan, hobi dan minat, boleh lah berhubung dengan saya untuk perbincangan selanjutnya. Insyaallah, yang baik dari Allah dan yang lemah itu dari saya sendiri. Waalahualam

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah





untuk lihat lain-lain rekabentuk 3d kediaman boleh lihat di sini : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment