Teks: khairunnisa hamzahara
Seminggu yang lepas saya telah mendapat email dari Siti Nur Rasyidah yang telah pun siap-siap bank in dan submit borang tempahan rekabentuk di Borang Tempahan. Siti Nur Rasyidah memerlukan bantuan untuk merekabentuk hiasan dalaman bilik study di rumahnya. Dan apa yang menyenangkan hati saya, ketika Siti Nur Rasyidah email saya pertama kali itu, turut disertakan sekali gambar-gambar dan pelan asal bilik tersebut. Ia amat memudahkan saya untuk membuat kerja rekabentuk. Namun oleh kerana tempahan rekabentuk yang berderet-deret, saya hanya dapat menyerahkan rekabentuk bilik study ini setelah masuk hari ke lapan dari tarikh Siti Nur Rasyidah membuat tempahan. Alhamdulillah dah siap. Menurut Siti Nur Rasyidah, dia hanya inginkan bilik yang ringkas dan moden. Berikut adalah imej bilik asal dan pelan biliknya. Dan diikuti dengan rekabentuk 3D yang telah saya siapkan. Mari kita lihat di bawah;
LOKASI BILIK
GAMBAR ASAL BILIK
Urusan kerja rekabentuk 3D ini sepenuhnya dijalankan secara online. Oleh itu, saya mengkaji sedikit aktiviti tuan rumah di bilik ini. Biliknya di tingkat atas. Bilik ini digunakan untuk study dan kerja. Terdapat juga pakaian bergantung, mungkin pakaian yang telah di iron. Bilik ini boleh diklasifikasikan sebagai bilik kerja. Jadi saya rekakan seperti di bawah;-
REKABENTUK UBAHSUAI 3D BILIK STUDY
Langsir yang digunakan pula perlulah kemas dan smart. Ini bagi menggalakkan minda untuk bekerja atau belajar seperti di pejabat. Roman blind dicadangkan untuk digantung pada tingkap. Sistem romand blind sangat mudah untuk di lipat ke atas dan diturunkan semula untuk tutup pandangan luar tingkap kembali. Karpet pula dicadangkan agar menggunakan karpet yang berbentuk lain dari segi empat bagi memecahkan suasana segiempat sama pada ruang. Cadangan saya, menggunakan karpet berbentuk bulat.
Disebelah dinding kanan pintu pula diletakkan kabinet gantung atas untuk menyimpan barang-barang. Day bed diletakkan di sini untuk berehat atau menyelesaikan tugasan secara santai bagi merehatkan pinggang dan tulang belakang. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik untuk iron baju dengan meletakkan iron board di dalam bilik.
Saya masih menunggu respond dari tuan badan. Di harap tuan badan berpuas hati terhadap cadangan rekabentuk 3D untuk bilik study nya ini. Wallahualam
Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Boleh nanti saya tanya pendapat anda tentang bilik2 saya pula?
ReplyDelete