Tips untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah:
1. Luangkan masa 10-15 minit untuk melihat inbox di awal pagi
2. Layan anak-anak yang bangun tidur dengan memberikan susu/breakfast dan bersihkan anak-anak
3. Kemas dan susun bilik mainan dan bilik belajar anak-anak sebelum mereka aktif.
4. Luangkan masa anak-anak ulangkaji 15-20 minit dan tinggalkan mereka latihan dan tugasan
5. Masuk ke ruang kerja untuk siapkan tugasan penting yang memerlukan fokus sepenuhnya di awal pagi.
Manfaatkan masa anak sedang bermain dan membuat tugasan yang sedang kita berikan. Kayuh laju-laju dalam masa 1/2 jam - 1 jam untuk fokus dan siapkan. Sebab anak-anak akan mula mencari kita semula selepas itu. Dan masa untuk buat kerja yang memerlukan fokus sepenuhnya di awal pagi anda telah tamat :) (di awal pagi adalah waktu minda kita paling aktif dan badan paling bersemangat). Tak apa, jangan mengeluh. Masa yang lain kita buat kerja secara santai dan sambilan kerana kalau kita 24 jam mahu fokus kerja anak-anak akan terabai dan mengamuk. Untuk sambungan menyiapkan kerja berfokus, kita boleh sambung lakukannya esok hari di awal pagi. Ketika itu fokus dan pecut laju-laju lagi dalam masa 30 minit- 1 jam lagi. Hari yang lain nanti kita dah boleh capai 1-2 jam pula. Praktis make perfect! :) InsyaAllah
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
untuk tempah rekabentuk 3D kediaman boleh tempah di sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
untuk kemas dan simpan darang dengan kemas di kediaman, lihat di sini : http://tupperwareonline4u.blogspot.com/
untuk belajar buat blog secara online, boleh baca dan daftar di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html
Bleh x bg tips cara urus anak spjg hari
ReplyDelete