Pages

Monday, 11 November 2013

Berdoa Bersungguh Dahulu Sebelum Memulakan Setiap Usaha dan Pekerjaan


Teks:khairunnisa hamzahara



Kita ni ramai yang ingat kita berjaya kerana usaha kita. Ramai juga yang ingat yang kita ni perlu usaha sungguh sungguh dulu kemudian baru berdoa dan bertawakal. rupanya bila Usaha bersungguh kemudian baru berdoa telah menjadikan kita seorang yg riak dan membesarkan usaha kita. Sebab itu kita reward diri kita dengan makan besar, dengan kareoke, dengan shopping sakan, dan sebagainya. 

Bagaimana pula diri kita bila kita berdoa bersungguh sungguh dahulu, minta kekuatan dan pertolongan dari yang maha berkuasa sebelum memulakan sesuatu. Memohon agar diberikan keupayaan minda, fizikal dan rohani terhadap seauatu. Kemudian baru kita mulakan usaha dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama allah yg maha penyayang. Maka kita akan rasa setiap gerakan, setiap yg terpancar diminda, setiap detik dihati adalah gerakan dan kurniaan allah semata mata. Lantas setelah kita berjaya merentasi halangan dan mendapat apa yg dihajati, kita bersujud syukur, syukur di atas nikmat. Syukur kerana doa diperkenan kan.

Sungguh allah yg maha berkuasa lg maha menyayangi

Senibina kehidupan di rumah
11.11.13

No comments:

Post a Comment