NUFFNANG

Thursday 26 September 2013

Makeover Dapur Mak Mertua

Teks : khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum pembaca yang budiman

Terasa lama saya tidak membuat entry berkenaan MakeOver kan? Al maklumlah hidup mula "porak peranda" sebab tempahan rekabentuk kediaman semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah berkat doa dan support dari pembaca blog ini juga. Kebanyaakan yang membuat tempahan rekabentuk adalah dari kalangan pembaca blog ini juga. Mungkin satu hari saya patut buat "Giveaway" kepada pembaca yang budiman sebagai tanda penghargaan dari saya :)

Dua minggu yang lalu bapa mertua ada menyuarakan hasrat untuk mengubah suai keadaan dapur di kediamannya. Saya pula tidak kenal lagi kedai yang baik dan harga berpatutan jika di Melaka ni. Lalu satu hari bapa mertua ternampak banner tentang kabinet dapur di depan kedai store yang biasa dikunjungi untuk membeli barangan dapur. Harga yang dipaparkan sangat murah berbanding kedai kabinet dapur yang lain. 

ARKITEK ON CALL!!

Satu hari semasa sedang menyuap anak-anak makan tengah hari, dapat panggilan dari adik ipar. katanya : "Baba suruh datang umah sekarang!" rupanya bapa mertua telah panggil kontraktor kabinet dapur untuk datang ukur dapur di kediamannya. Bila kontraktor tersebut tanya nak design macam mana dapur ni? terus bapa mertua panggil saya datang. Adik ipar kata, siap sekarang, dia datang ambil kami anak beranak (suami pergi kerja masa tu). Saya pun bergegas bersiap ke sana , terasa sekejap seperti "Arkitek On Call" (nak juga rasa macam Docter-On Call :)

SESI PERBINCANGAN
Semasa Sesi Perbincangan, kontraktor a.k.a supplier kabinet dapur ini tidak dapat bayangkan bagaimana yang harus di buat sebab nya dia bukanlah designer. Jika tuan rumah telah ada idea reka kabinet dapur tersebut, dia hanya akan bagi katalog untuk memilih warna dan material kabinet sahaja. kemudian dia akan buat di kilang dan datang pasang. 

Sambil hisap rokok di luar, kontraktor berbangsa cina ini tadi menunggu kehadiran saya. Sampai saja, saya di tunjukkan potfolio kerja kontraktor berkenaan. Katanya ;" Pilih dari sini macam mana yang you suka". Sebenarnya saya telah pun berbincang dengan mak mertua macam mana design yang sesuai dengan dapurnya dan kediamannya yang ala-ala rumah antik dan klasik melaka ni.

MASALAH 1 # KEKALKAN KABINET BAWAH YG ASAL
Untuk rekabentuk dapur yang baru, bapa mertua dan mak mertua "request" tak nak "demolish" kan dapur asal. Cuma buat penambahan dan penambahbaikkan sahaja. Jadi kaunter top yang dibina dengan konkrit dan jubin "lama" akan di kekalkan. Dan pintu sliding di kabinet bawah yang "lama" juga dikekalkan. Agak mencabar untuk menyatukan barang lama dengan barang baru. Tapi tak apa. Tak cuba tak tahu kan. 

MASALAH 2 # LAMA VS BARU
Jadi saya cadangkan bina kabinet atas dengan pintu kabinet yang dilekatkan dengan cermin muka. Jadi tidak nampak perbazaan warna kabinet lama dengan kabinet baru sebab kabinet baru hanya berwajah cermin. Tidak ada surface yang bewarna. Maka ia tidak menonjol dan menenggelamkan kabinet yang lama.

MASALAH 3 # PINGGAN MANGKUK
Masalah utama di ruang ini adalah kurang kemas (bersepah) kerana semua benda perlu letak di atas kaunter top. Paling menyepahkan adalah pinggan mangkuk yang diletakkan pada pengering pinggan mangkuk di atas kaunter top. 

MASALAH 4 # JUBIN DINDING LAMA
Bila dipikirkan, keliling ruang dapur ini dipenuhi dengan jubin dinding yang agak "fashion lama". Kalau keluar duit beribu tapi dinding masih kelihatan lama tentu tak terasa kesannya sangat kan. Jadi saya dan kontraktor memikirkan solusi terbaik untuk treatment dinding ini,

MASALAH 5 # PINTU LAMA KE DAPUR BASAH
Bila siap kabinet dapur baru nanti, bagaimana pula dengan pintu satu daun yang menghala ke dapur basah? Pintu tu dah kelihatan kusam dan akan kelihatan kontra dengan kabinet baru nanti. Pintu ini juga sebenrarnya mengganggu ruang TV di mana daun pintu nye yang boleh di kuak habis membantutkan sebarang perletakkan hiasan dinding dan kabinet di ruang TV tersebut. Jadi apa yang dicadangkan? kita lihat pada solusi di bawah nanti.

MASALAH 6 # RUANG GANTUNG TV
TV ni dah lama mak mertua cuba gayakan. Bermula dari TV yang diletakkan di atas meja kabinet TV sekarang dah gantung di dinding pula sebab dah guna TV flat screen. Jadi bila gantung, nampak kosong pula. Jadi diletkkan kabinet di bawah TV. Namun dinding di TV tetap nampak kosong. Jadi apakah solusinya? lihat juga di bawah nanti ya.

Ok, jika dilihat pada keseluruhan dapur ini, ada 2 ruang iaitu ruang Dapur kering  yang bergabung dengan meja makan dan juga ruang menonton TV. Kabinet dapur baru semata boleh menenggelamkan keseluruhan ruang dan perabot lama jika tidak di ambil kira kesannya. Jadi satu perancangan rekabentuk yang drastik namun masih menjaga kesopanan ciri-ciri klasik rumah asal perlu dijaga dengan teliti.

Gambar : Kaunter top dapur kering yang agak kurang kemas dengan barang dan diperbuat dari konkrit dan jubin


Gambar : Dapur kering yang bergabung dengan ruang makan dan ruang menonton
Gambar : ruang menonton bersebelahan meja makan


SESI REKABENTUK 3D
Apabila sesi perbincangan dengan Mertua dan Kontraktor sudah selesai, rekabentuk 3D dikeluarkan. Namun tidak lah ikut 100% dalam 3D ini kerana dari segi warna, ada perubahan sedikit. Kalau lihat di imej 3D ini templete glass bewarna Merah Menyala. Tapi di akhir pemilihan saya gunakan warna coklet cair matelik seakan warna emas dan metalic Jika dilihat dari 3D ini, masalah di atas dapat diselesaikan dengan baik iaitu :

#CERMIN MUKA PADA PINTU KABINET
Asalnya saya cadangkan rekabentuk kabinet yang penuh di dinding bersebelahan pintu bilik. Di mana kabinet penuh ini akan sentuh kaunter top kabinet bawah. Keseluruhan kabinet ini akan dipasang cermin muka di pintu kabinet. Ia akan memberikan kesan illusi kepada tetamu di mana mereka akan ingat ia adalah cermin muka hiasan tetapi sebenarnya di belakangnya adalah kabinet pinggan mangkuk. Namun apakan daya, kontraktor tidak berani buat sebegitu dan dia sarankan untuk gantungkan kabinet di bahagian atas sahaja macam biasa namun dia masih pasangkan cermin muka. Motif asal untuk nampak kan ruang jadi besar tidak tercapai kerana cermin muka berada di bahagian atas, jadi tak sampai untuk jenguk muka. Tapi jika dipikirkan semula, ada hikmahnya juga, rumah mertua sudah sarat dengan barang, jika tetamu datang, dengan cermin muka sebesar dinding di atas kabinet pasti ruang nampak lagi bersepah" kerana nampak double pergerakan dalam ruang dek kerana cermin muka tadi.

#HARMONI
cermin muka yang dibina di pintu kabinet ini tidak menonjolkan sebarang warna, jadi ia kelihatan mesra dan harmoni dengan kabinet asal di bawah dan kauter top berjubin maroon di atas kbinet bawah.

#PINGGAN MANGKUK
Pinggan mangkuk yang nampak bersepah di atas kaunter top dahulu akan nampak kemas kerana aksesori tempat pengering pinggan mangkuk dipasang di bahagian atas kabinet. Ia tergantung dan boleh ditutup untuk kelihatan kemas. (tak nampak pinggan magkuk lagi)

#TEMPLETE GLASS TUTUP JUBIN
Template glass dipasang di atas jubin dinding lama bagi menjadikan kabinet ini berwajah baru secara total dan mendapat treatment dinding lama yang baik. Tidak lagi nampak jubin dinding yang lama. Ia dilekatkan di sekeliling ruang dinding bawah kabinet atas. Templete glass ini boleh di tebuk. Oleh itu, beberapa kotak kecil akan ditebuk di atas templete glass bagi memasang beberapa set suis di situ untuk kegunaan microwave, oven, pembakar roti dan juga tarmos elektrik. Yang menarik di sini, saya dapat memujuk kontraktor untuk memasang lampu spotlight bewarna kuning di bawah kabinet atas yang memancarkan cahaya ke templete glass ini di waktu malam. (tak perlu lagi buka lampu terang di waktu malam ketika semua sedang nyeyank tidur. Hanya perlu pasang lampu kabinet ini sahaja jika ingin bangun buat susu anak atau bangun minum air)

#PINTU SLIDING SATU PINTU
Jika dilihat pada gambar asal keadaan dapur, pintu untuk kedapur basah adalah pintu jenang satu daun. Ia boleh dikuak sehingga menyentuh dinding yang menggantungkan TV , jadi ia menghalang pandangan untuk melihat TV bagi yang duduk di meja makan. Jadi saya cadangkan penggunaan pintu sliding satu daun di mana sliding ini di bawa ke tepi dinding dan disrorokkan. Selain ia kelihatan kemas, ia juga tidak lagi mengganggu pandangan dan dinding menyangkut TV. Selain itu, pintu ini di "laminatekan" dengan material seakan kayu dan jika ditutup penuh ia kelihatan seperti hiasan dinding walhal ia sebenarnya adalah pintu di mana di sebalik pintu itu ada ruang dapur basah yang sangat aktif (mak mertua berniaga kedai makan)

# KABINET TV DAN CERMIN GELAP
Untuk kabinet TV, saya mencadangkan rekabentuk di mana di bahagian tengah dinding di buatkan "partition" dan ia akan berada ke hadapan sedikit dari dinding untuk memuatkan "wiring" dan ia juga adalah tempat laluan pintu sliding ke dapur basah tadi. Di kiri dan kanan partition ini akan dipasang cermin gelap sebagai hiasan dan menaikkan seri. Di bawah TV pula dipasangkan kabinet TV gantung untuk memuatkan decorder astro dan remote TV.

Gambar : Kabinet Dapur asal bahagian bawah di kekalkan, bahagian atas ditambah dengan kabinet yang berpintu cermin muka

Gambar : Dinding gantung TV di beri treatment dengan mendirikan partition dan dihiaskan dengan cermin gelap. Di bahagian pintu ke dapur basah di pasang dengan pintu sliding yang di sorokkan ke dalam partition apabila di tolak ke tepi untuk di buka

HASILNYA!
Tak sabar tunggu hasilnya?? saya juga tak sabar. Almaklumlah ini rumah mertua , kalau boleh saya nak ia dihasilkan dengan sebaik mungkin bagi menggembirakan kedua mertua saya. Saya harap hasilnya sangta memuaskan. Sekarang kontraktor a.k.a supplier sedang bikin di kilang. Dalam tempoh terdekat ini dia akan datang pasang kesemua binaan ini di rumah mertua. Saya akan cepat-cepat update gambar sesudah Makeover bila dah siap pasang nanti ya! tungguuuuu.... :)

KHIDMAT MAKEOVER
Bagi sesiapa yang inginkan khidmat Makeover sebegini, untuk dapur ibu bapa, mertua mahu pun dapur sendiri boleh hubungi saya untuk dapatkan rekabentuk 3D dan idea penyelesaian. Bukan dapur saja, ruang lain pun boleh. Setiap ruang yang ingin di makeover, saya akan keluarkan soalan analisa, saya akan minta ukuran ruang, saya juga akan hantarkan di email terma dan syarat serta yuran perkhidmatan yang dikenakan. Janji, tanya dulu. Insyaallah saya cuba jawab. 

Sebarang pertanyaan, sila email ke : khairunnisahamzahara@gmail.com

iklan:
sertai kelas asas membina blog dan penulisan @ kelas asas membina blog dan fan page hari ini. Kelas dijalankan 100% secara online. Masuk di sini untuk baca lebih lanjut tentang kelas :http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

3 comments:

hasmardy said... [Reply to comment]

Hebat gaya ni... Menarik

Unknown said... [Reply to comment]

mana ek hasilnya... teringin nak tengok

Qalish Kitchen said... [Reply to comment]

As salam. Tumpang iklan ye pn Khairunnisa. Jika ada yg berminat utk menempah kabinet dapur, wardrobe & lain2 di sekitar kwsan n.9, melaka & selangor blh hubungi or wasap Qalish Furniture 0197108584 or lawati facebook kami Qalish Furniture. Tq Khairunnisa

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO