Pages

Thursday, 11 July 2013

Langkah mudah didik anak hafal quran



Teks : Khairunnisa Hamzah
 
 




Setiap hari bersama anak-anak menjadikan saya semangat untuk mendidik anak. Sangat teruja bila melihat anak-anak kecil boleh menghafal quran. Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Di isni saya terjumpa website http://www.islamicparentingnetwork.com.my/Home , mungkin di sini lah langkah yang boleh kita ambil sebagai langkah permulaan mendidik anak menjadi bijak, iaitu dnegan mendidik anak menghafal al-quran terlebih dahulu, kemudian segala yang diplejari akan jadi mudah kepada anak-anak dek kerana sistem otak mereka telah melalui tahap pembelajran ilmu yang paling tinggi iaitu ilmu Allah !

..........................................................................................................................

sumber dari : islamic parenting Network

Dibelakang Kebanyakkan Setiap Ilmuwan Islam Yang Terkenal Adalah Ibubapa Yang Melatih Mereka Menghafal Al Quran Dari Umur Kanak-Kanak Hingga Mereka Dapat Menghafal Al Quran Pada Umur 7 -10 Tahun Kemudian Barulah Didedahkan Dengan Ilmu Lain.

Sekiranya Kita Merujuk Kepada Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.

"Yang Paling Pokok Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi)

 
Ada pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti setakat 'kenal dan baca' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.

Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.


Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.

Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.


Mengajar alQuran kepada bayi dan kanak-kanak adalah berbeza dari mengajar orang dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif dengan memahami dunia kanak-kanak yang perlu bermain. Sebagai contoh, bayi setahun lebih akan memaksa ibubapa kreatif dalam mencuri tumpuannya untuk menyebut setiap flashcard yang ditunjukkan kerana pada waktu ini mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai 'kerja'nya sendiri. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan mereka al Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak tersebut. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

Rasululullah pernah bersabda:

"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).


Sememangya ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300 trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya tiada.

Abu Hurairah R.A. Meriwayatkan Secara Marfu' : "Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan "..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama." jelasnya.


Mendidik anak untuk menghafal Al Quran dari kecil bukanlah satu perkara yang mustahil. Sebagai contoh, Adik Darwisya Adrianna Rojali telah pun mendapat Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun. Adik Darwisya adalah penerima sijil yang termuda semasa konvokesyen dan dalam sejarah Akademi Darul Huffaz yang berlangsung di Putrajaya pada 2 tahun lalu. Selepas itu beliau mula menghafal surah-surah pilihan
       


No comments:

Post a Comment