Pages

Friday, 14 June 2013

Clean House




Ketika saya menaip ini, saya sedang menyaksikan rancangan "Clean House" di channel 702 Diva. Episod kali ini benar-benar menarik perhatian saya. Ia memaparkan kehidupan seorang ibu yang bekerja sebagai seorang pengetua sekolah yang mempunyai seramai 2400 orang pelajar. Di rumah beliau mempunyai 3 orang anak perempuan yang mempunyai kelulusan ijazah. Namun tragis sekali keadaan rumah mereka amat menyedihkan dan bersepah sehingga mereka terpaksa melangkah barang dan ada juga yang terpaksa dipijak kerana rumah mereka sangat bersepah. 

Si ibu rupanya telah bercerai sejak 2 tahun yang lalu. Bekas suaminya mengambil semua perabot di dalam rumah dan si ibu bersetuju dan menjadikan duit pampasan perabot yang diberi oleh bekas suami kepada kereta-kerta mewah seperti marcedes benz dan dua buah kereta mewah yang lain. 

Jika dilihat dari luaran, keempat-empat anak beranak ini sangat bergaya dan dilihat mewah. Namun mereka hidup dalam keadaan tertekan kerana di rumah mereka yang tidak selesa itu mereka sering bergaduh dek kerana mencari barang yang tak jumpa. Anda bole saksikan sendiri rancangan ini diinternet. Adakah anda rasa minda mereka boleh jadi positif jika terus hidup dalam belengu ini?

Saya sangat berharap ibu-ibu di luar sana, walaupun kita bekerja namun jangan sekali kita mengabaikan rumah. suami mengahwini seorang isteri bagi menguruskan rumahtangga di kala mereka mencari rezeki. Rumah yang selesa membangkitkan semangat positif sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun apabila keadaan rumah yang tidak terurus, akan menyebabkan seluruh ahli keluarga berfikiran negatif dan hilang mood sejak dari awak keluar dari rumah di awal pagi. Keadaan ini boleh berlarutan hingga menyebabkan ada ahli keluarga yang tidak gemar balik ke rumah dan ini antara punca berlakunya pergaduhan dan penceraian.

Saya tertarik dengan ayat host rancangan clean house kepada si ibu "Boleh tak kita jadikan ini sebagai rumah?" Baik, Mari kita usaha bersama. Si ibu tidak sedar akan tabiat si ibu itu telah pun dipindahkan ke anak-anak perempunnya. Ya ibu adalah role model anak-anak.

Kalau ada yang belum pernah melihat rancangan clean house, yang pertama mereka minta ahli rumah tersebut kurangkan barang dan pilih apa barang yang mereka betul-betul pakai dan akan pakain sahaja. 

langkah pertama , tinggalkan 20 pasang kasut sahaja., pada 5 minit yang pertama mereka telah diminta untuk asingkan 90 pasang kasut untuk dijual semula. Dan akhirnya mereka mempunyai 100 lebih pasang kasut untuk dijual di garage sale! Barag-barang lain turut dikumpulkan di perkarangan rumah dan mereka buat poster untuk menjemput kejiranan di situ untuk datang ke garage sale mereka. setiap barang dijual murah bermula dari 1 dolar, 5 dolar dan mereka menjual juga kereta lama keluarga ini bagi mendapatkan wang untuk membeli perabot dan menghias semula rumah ini.

Clean House terdiri daripada beberapa orang, seorag host, seorang pakar organisasi , seorang pakar hiasan dan susunan perabot, seorang pakar juaalan dan beberapa orang lagi. 

SAya suka tonton rancangan ini, ia membuka mata kita untuk jadikan barang-barang kita sebagai aset dan boleh dijual semula dan wang tersebut digunakan untuk menghias kembali rumah dengan suasana yang baru. Cuba tonton rancangan ini bagi yang belum pernah tonton. Ketika ini saya Tonton siaran yang hari sabtu 10.50pagi hingga 11.50 pagi.Jangan lepas tonton next week. 

Anda pasti terkejut dengan perubahan hiasan dalaman, sistem organisasi dan mood dalam rumah tersebut. Ia bukan sahaja menceriakan, malah ia menjadi sistem kepada ahli rumah dan mencipta aura positif bagi ahli rumah

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

No comments:

Post a Comment