Pages

Wednesday, 22 May 2013

Latar Belakang Penulis


ketika shooting untuk program Safiyya TV9 2013 (episod 12). ia berkenaan bekarya dari rumah disamping menjaga anak-anak sendiri dan mendatangkan pendapatan.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah bersyukur saya dengan nikmat kurnia Illahi yang memberikan kesihatan dan kecerdasan akal dan jasad yang sekaligus memberikan semangat di sanubari untuk mewujudkan blog ini bagi berkongsi ilmu yang dipelajari dan info yang diperolehi berkaitan dengan Panduan Lengkap Kediaman Idaman sebagai panduan kehidupan kita semua.

Tiada yang istimewa tentang diri saya selaku penulis di blog ini. Namun di sini saya kongsikan sedikit sebanyak tentang latar belakang saya untuk semua pembaca. 

Saya dilahirkan di sebuah bandar yang terkenal dengan masyarakat yang berdaya intelektual dan penuh dengan roh keislaman dan kerohanian iaitu di Bandar Baru Bangi, Selangor. Di sini saya membesar dan mendapat pendidikan awal di Tadika Saidatina Zainab, Abim. Kemudian bersekolah rendah di sekolah rendah bandar baru bangi jalan 2. Setelah selesai sekolah rendah kedua ibu bapa saya telah bersepakat menghantar saya ke sekolah berasrama di sekolah agama menengah batu 10, cheras. Namun setelah mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya mendapat tawaran ke tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. 

Disepanjang peringkat sekolah saya aktif dalam kegiatan Pendidikan Seni sehingga sering mewakili sekolah di peringkat Daerah dan Negeri.

Selepas tamat peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM), saya sempat masuk ke kolej matrikulasi kurniawan, selangor selama 2 bulan sahaja kemudian mendapat tawaran dan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) skudai dalam bidang Senibina. Di sini saya mendapat anugerah Diploma Senibina dan Ijazah Sarjana Muda Senibina

Pengalaman manis ketika menuntut jurusan senibina, saya adalah antara 12 orang wakil pelajar Malaysia ke Universiti of Bologna, Italy (Program Pertukaran Pelajar). Pengalaman di tempat orang yang jauh dan asing begitu mendalam tersemat di dada. Saya juga turut berjaya mendapatkan latihan praktis di sebuh firma arkitek antarabangsa yang sangat terkenal iaitu TR Hamzah & Yeang.

Ketika di alam universiti saya berjumpa dengan suami saya di semester yang terakhir. Perkenalan yang singkat terus mengikat kami ke jinjang pelamin. Yang pasti ketika saya beratur untuk mendapatkan ijazah di sesi konvokesyen, saya telah berbadan dua.

Setelah tamat belajar di Universiti saya ditawarkan bekerja di DP Architect selaku arkitek junior dan ditugaskan untuk menghasilkan rekabentuk. Ketika sedang bekerja disini, saya mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan di Jabatan kerja raya malaysia. Ketika ini saya telah pon mengandung beberapa bulan dan mengalami alahan yang teruk. Namun terus bekerja dan bekerja.

Ketika bekhidmat di Jabatan kerja raya malaysia, saya berpeluang mengendalikan projek-projek besar dan mega. Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu yg sangat bernilai yang saya perolehi.

Namun setiap manusia di uji dan diberikan amanat oleh Allah s.w.t. Setelah memperolehi 2 orang anak dispeanjang tempoh perkhidmatan dengan jabatan kerja raya malaysia, pelbagai rintangan dan kesukaran yang ditempuhi di alam rumahtangga dan dalam isu penjagaan serta kesihatan anak-anak tersayang. Terdetik di hati saya dan suami untuk mengubah kehidupan kami bagi memastikan kehidupan kami di dalam tagan kami sendiri bukan dalam genggaman lain (majikan). Lalu suami dan saya berhenti bekerja dengan majikan dan berdiri di atas kaki sendiri.

Alhamdulillah kini hampir genap setahun saya bergelar ibu rumahtangga sepenuh masa. Namun bukanlah penghalang untuk saya terus bekarya. Malah saya lebih bebas bekarya berbanding ketika berkhidmat dengan majikan satu ketika dahulu. Bagi saya, sebagai seorang designer atau perekabentuk seperti saya lebih sesuai untuk bekarya di tempat yg kita selesa dan penuh emosi. Saya memilih untuk bekerja dan bekarya dari rumah. Rezeki di tangan Allah dan niat untuk menjaga keluarga di balas dengan rezeki yang melimpah ruah.

Ada saja tempahan design samaada rekabentuk rumah, hiasan dalaman, landskap, graphic, dan lain-lain. akdang kala tak menang tangan. Ketika ini jugalah saya mula mendapat perhatian majalah-majalah tempatan dan rancanagn tv untuk memuatkan kisah saya dan hasil seni saya. Pada tahun 2011 lagi rumah saya telah dimuatkan dalam majalah IMPIANA, pada awal tahun 2013, saya mendapat liputan majalah mingguan wanita dan MIDI. Yang paling menjadi kenangan apabila rancangan safiyya 2013 datang ke rumah interview dan shooting rumah saya dan keluarga.

Sebelum mendapat liputan, saya telah pon mempunyai beberapa projek rumah banglo yang sedang disiapkan. selepas mendapat liputan, tempahan beratur-ratur. Alhamdulillah syukur nikmat rezeki Allah sungguh tak diduga.

Setelah melalui pelbagai detik ini, saya terpanggil untuk berkongsi ilmu saya seadanya dengan semua pembaca-pembaca blog agar ilmu dan pengalaman yang ada dapat dikongsikan demi kebahagiaan semua. Disini saya fokuskan tentang Panduan Lengkap Kediaman Idaman.

Sudilah membacanya

Sekian, wassalam

Penulis : KHAIRUNNISA HAMZAHARA




3 comments:

  1. Salam perkenalan...
    blogwalking...terjumpa blog ni...
    banyak info dan tip dari blog ni yang boleh saya berlajar...
    macam2 ado..

    terima kasih.:)
    http://byummufayyadh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda membutuhkan solusi keuangan untuk melunasi utang, juga ingin mengatasi kesulitan mendapatkan pinjaman dari bank / lembaga keuangan lokal lainnya? Atau apakah Anda memerlukan uang untuk memulai bisnis Anda sendiri? Jangan khawatir lagi, kami mengeluarkan pinjaman dengan bunga kurang dari 2%. Kemudian Hubungi kami di: (tatianaandersonloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete
  3. Sveiki, siūlome greitą paskolą....
    Ar esate verslininkas ar moteris?
    Ar patiriate finansinę įtampą?
    Ar jums reikia paskolos norint pradėti savo verslą?
    Ar turite mažas pajamas ir jums sunku gauti paskolą iš vietinių bankų ir kitų finansinių institucijų?
    Čia yra atsakymas į mažą 2% paskolos normą, susisiekite su mumis dabar adresu Loanwestlake@gmail.com
    Telegram___https://t.me/loan59

    ReplyDelete