Pages

Friday, 21 June 2013

Menggalakkan Kerjasama kelurga dalam penjagaan kediaman







Kerjasama keluarga amat penting dalam pengurusan dan penjagaan kediaman bersama. Walaupun ibu bertanggungjawab dalam mengurus rumah tangga namun bukanlah semua bebanan pengurusan dan penjagaan rumah boleh diletakkan di atas bahu ibu seorang . Anak-anak dan ayah juga perlu memainkan peranan. Jika si ayah yang selaku ketua keluarga tidak pandai untuk membahagikan tugasan, si ibu boleh memainkan peranan. Cari masa yang sesuai untuk berbincang seperti ketika pergi bersiar seisi keluarga, sedang menonton tv bersama, selepas makan malam bersama dan keadaan-keadaan yang seumpama dengannya. Si ibu boleh bentangkan cadangan dan harapan agar setiap orang memainkan peranan dalam mengurus dan menjaga kediaman bersama misalnya;

Peranan Anak-Anak

umur 2-6 tahun

menggalakkan anak-anak menjadi berdikari seawal usia mereka. si ibu perlu mengajar si anak cara membersihkan diri seperti buang pampers di tong sampah. letakkan pakaian kotor di dalam bakul. Ambil pakaian bersih di rak dengan baik tanpa bersepah. Menggalakkan anak-anak pakai baju sendiri dengan menyediakan pakaian mereka yang dibentangkan dengan baik di atas katil misalnya. Biarkan mereka membuatnya sendiri sehingga mereka meminta pertolongan. Ketika ini anak-anak sememangnya suka mencuba sendiri. Oleh itu kita salurkan keinginan ingin mencuba mereka kepada perilaku-perilaku yang mendatangkan kesan positif dan mematangkan anak-anak yang sekaligus memudahkan tugasan si ibu. 

Selain itu, anak-anak boleh membantu ibu untuk simpan semula barang mainan setelah selesai bermain. beli atau buat kotak-kotak mainan sebagai penyediaan sistem kepada proses mengemas barang-barang anak-anak. MIsalnya kotak barang mainan. Ramai ibu yang meletakkan kesemua barang mainan anak dalam satu bakul yang besar. Sebaik nya si ibu boleh start mencuba mengasingkan barang permainan mengikut kategori dan bakul kecil yang berlainan seperti mainan masak-masak, lego, mainan dokter-dokter, mainan anak patung dan pakaiannya, mainan kenderaan, buku-buku, bahan pembelajaran dan sebagainya. Lekatkan logo pada setiap bakul bagi memudahkan anak-anak menyusun semula mainan atau meletakkan mainan di bakul yang telah disediakan. Di sini si ibu perlu bijak menggunakan sistem!

Si ibu perlu menggalakkan anak-anak kecil ini agar suka untuk membantu si ibu. perkenalkan mainan seperti mainan masak-masak dan mainan mengemas rumah. Ajarkan cara-cara nya ketika bermain. Dalam seharian pula, ajar mereka untuk meletakkan pinggan dan sudu ke dalam sink. Ajar mereka lap makanan yang tumpah, ajar mereka kutip barang yang bersepah dan lain-lain. Sememangnya mereka belum sempurna untuk melakukan tugas tersebut namun pendidikan awal menjadikan mereka seorang anak yang rajin kelak.

Selain itu, rajin-rajinlah memperkenalkan barang-barang rumah ketika sesi membeli belah bersama anak-anak. Ceritakan setiap barang itu apa tujuannya dan bagaimana menggunakannya. Ia seperti sesi pembelajaran santai. 



Anak-anak yang telah bersekolah

Ajar anak-anak yang telah bersekolah untuk leboh berdikari dan menjalankan rutin harian mereka sendiri. si ibu dan si ayah hanya membantu tugas yang bahaya sahaja. Dari mula bangun tidur, minta bantuan mereka untuk membetulkan bantal, selimut dan cadar. Pakaian diletakkan ke dalam bakul pakaian kotor. simpan semula berus gigi, sabun dan syampoo di tempatnya setelah mandi, gantungkan tuala untuk dikeringkan.

si ibu menggosokkan baju si anak kemudian biarkan si anak memakainya sendiri. Ketika keluar dari nilik pastikan anak-anak menutup kipas, lampu dan aircond serta bilik kelihatan kemas. Ketika sarapan biasakan anak-anak meletakkan pinggan dan sudu ke dalam sink jika sempat, basuh sekali.

sekembalinya dari sekolah, letakkan baju ke dalam bakul baju kotor atau gantung baju jika masih elok. beg sekolah letak di tempat yang dikhaskan. Sebelum itu, sebelum masuk ke rumah pastikan anak-anak menyusun kasut sekolah dengan tersusun. Apabila anak-anak bermain, minta untuk anak-anak kemas kembali. Apabila anak-anak buat kerja sekolah, pastikan mereka menghabiskannya dan mengemas semula alatan sekolah dan simpan di tempat yang disediakan semula.

anak-anak yang telah dewasa

rutin harian sama seperti ketika anak-anak bersekolah dahulu dan ditambah dengan tugas-tugas yang lebih spesifik setiap anak bertugas mencuci bilik air ketika mandi pada setiap 2 minggu. gilir-gilir membuang sampah. Gilir-gilir menyiram pokok. yang perempuan tolong ke dapur, cuci pinggan dan menyusun semula pinggan dan barang dapur. Yang lelaki sapu depan garaj dan susun kasut serta memastikan tiada daun kering di perkarangan rumah. lantik seorang untuk menyidai baju dan juga menyapu rumah. Lantik juga siapa yang perlu lap habuk di rumah sebulan sekali. Untuk menarik lagi, tugasan mingguan dan bulanan dijalankan bersama seperti gotong royong keluarga. Rutin harian dan penjagaan harian dipastikan agar dilaksanakan oleh setiap orang.


Peranan Ayah

si ayah berperanan sebagai ketua keluarga. Jika suara ibu tidak didengari, si ayah menekan kan lagi tugasan setiap anak. selain anak si ayah juga perlu memainkan peranan. Tugas dan kerjasama si ayah adalah melengkapkan tugas si ibu dan si anak. si ayah bole membantu buang sampah ke luar rumah, mop lantai dan sesawang, menyusun barang, menggantung dan memasang barang rumah,membantu mengemas dan menyelenggara hal-hal rumah yang sepatutnya 

Lebih Menyeronokkan lagi jika boleh menyediakan jadual tugasan harian, mingguan dan bulanan dan kemudian diletakkan pada tempat yang boleh dilihat oleh setiap ahli keluarga. tugasan ini diberikan bergilir-gilir agar setiap ahli rumah tahu cara membuat kerja bagi setiap tugasan.

Kesan Positif nya, ahli keluarga menghargai setiap sudut rumah, -sayang untuk rosakkan atau sepahkan rumah dan sentiasa menjaga kebersihan rumah kerana kelak mereka juga yang perlu mengemas semula

Dengan adanya kerjasama dari semua pihak, insyaallah bebanan ibu akan berkurangan. Dengan cara ini juga sesebuah keluarga tidak memerlukan pertolongan orang luar seperti mengupah orang gaji.

Pucuk pangkal adalah cara kita menanganinya dan usaha dengan penuh bijaksana. Keluh kesah membuat kerja rumah sendiri tidak membawa hasil. Usahakan untuk membawa ahli keluarga ke meja perbincangan :)



//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

No comments:

Post a Comment