NUFFNANG

Wednesday 18 February 2015

Bekerja Dari Rumah Dengan TaskV.com

Teks: khairunnisa hamzahara


Gambar : Saya berkongsi kisah perniagaan dan perkhidmatan maya di internet di majalah NUR tahun 2014

Bekerja Dari Rumah?
Apakah pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah?

Rata-rata masyarakat dan individu masih lagi mempersoalkan tentang ini. Namun tidak kurang juga yang telah menyedari akan hakikat banyak pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Bekerja dan mencari rezeki itu tidak semestinya perlu bermajikan. Malah majikan yang paling besar lah yang sentiasa "membayar" gaji harian kita iaitu Allah swt. Oleh itu, di mana sahaja kita boleh mencari rezeki kerana pintu rezeki sangat luas. Jika tertutupnya satu pintu rezeki, masih ada beribu pintu rezeki lain yang belum diketuk dan menunggu masa untuk kita membukanya.

Jangan sempitkan fikiran!

Pada tahun 2012, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja bermajikan dan memulakan pekerjaan sendiri dari rumah sebagai perekabentuk 3d kediaman online. Masa itu saya belum terdedah dengan banyak nya pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Saya masih kosong dalam bab perniagaan mahupun teknologi. Niat utama untuk berhenti kerja adalah untuk menjaga anak-anak ketika itu. Namun, hakikat sebenar, saya masih perlukan pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga. 


Gambar : SOHO saya tahun 2014 (small office home office). dari bilik Utility dijadikan sebuah SOHO untuk lebih produktif dan semangat bekerja ketika di rumah
Mungkin anda boleh katakan saya beruntung kerana mempunyai kepakaran dalam merekabentuk dan ia membolehkan saya bebas bekerja di mana-mana kerana modalnya adalah idea dan minda yang kreatif. hubungan dengan pelanggan juga boleh dilakukan 100% secara atas talian dan rekabentuk dihantar melalui email tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan.

TUNGGU!!


Anda silap jika berpendapat begitu! Semua orang boleh jadi bertuah. Dengan adanya kemajuan teknologi, kini banyak website yang menawarkan pekerjaan di atas talian dan merentasi sempadan negeri malah melangkaui luar negara. Menarik bukan! semuanya anda boleh lakukan hanya di rumah tanpa perlu keluar rumah dan berjumpa dengan majikan atau pelanggan. sesudah menyelesaikan pekerjaan, anda akan beroleh pendapatan seperti yang dijanjikan. Ini bukan kerja HARAM! :) tapi ia adalah realiti, dunia kini tanpa sempadan dan dari mana-mana sahaja kita boleh melakukan pekerjaan dan memperoleh pendapatan


Gambar : ebook terbaru dari saya untuk ibu-ibu yang mahukan tips bekerja dari rumah

Hari ini saya ingin kongsikan satu Laman web yang boleh memberikan pekerjaan untuk anda yang boleh dilakukan dari rumah dan memperoleh pendapatan. Apa dia? 

salah satu Jawapannya ialah TaskV.com




Baru-baru ini saya dihubungi oleh Team TaskV.com untuk meminta bantuan dari saya untuk memperkenalkan TaskV.com kepada anda semua. TaskV.com ini dikelolakan oleh orang kita di Malaysia. Anda pernah dengar Jobdirumah.com ? TaskV.com adalah lebih kurang sama dengan Jobdirumah.com cuma ia lebih luas dan melepasi sempadan benua.


Pengenalan Tentang TaskV.com


TaskV.com adalah sebuah portal pekerjaan yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong, berbeza dengan portal kerja biasa seperti JobStreet dan lain - lain, 


Jika Jobstreet kita perlu pergi interview kerja dengan majikan dan masuk pejabat, 


TaskV pula adalah khusus untuk kerja - kerja yang boleh di lakukan di rumah sahaja dari mana - mana tempat seluruh pelusuk dunia.


Inilah tempatnya di mana anda boleh mendapat pekerjaan dan boleh realisasikan impian untuk bekerja dan berpendapatan dari rumah untuk tahun 2015 ini!





Syarat Utama


Namun anda dikenakan Syarat utama iaitu :


WAJIB boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris asas melalui email kerana tawaran kerja datang dari pelbagai negara terutama Amerika, United Kingdom, Canada, negara Eropah & Asia.


Jadi tak perlu risau, walaupun diwajibkan berbahasa inggeris, kita di rumah masih mempunyai pelbagai cara untuk berbahasa inggeris kerana tidak perlu berhadapan dengan sesiapa, hanya berkomunikasi melalui email!. Kita masih boleh menggunakan bantuan ahli keluarga, kawan-kawan dan translator untuk mudahkan komunikasi dan kerja kita dengan majikan atau pelanggan yang berlainan negara ini. Mudah bukan!


Apa yang menarik tentang Team TaskV.com ini adalah:


Setiap tawaran kerja di kumpul dan di sahkan secara manual oleh team TaskV untuk memastikan kesahihan tawaran kerja tersebut dan ia mesti boleh di lakukan secara jarak jauh tanpa perlu datang ke tempat kerja.


Perkhidmatan Apa yang ditawarkan oleh TaskV.com?


TaskV.com menawarkan kepada ahli perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah di sahkan kesahihan melalui job board dan kemas kini melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru di senaraikan.


Apakah Faedah yang bakal kita peroleh apabila mendaftar dengan TaskV.com?




Faedah untuk pelangan antaranya:

Pertama:

peluang untuk bekerja di rumah melalui sumber yang di sahkan
(tak perlu risau ditipu atau kerja haram :))

Kedua:

untuk setiap pekerjaan yang dilakukan, kita menerima bayaran cara mudah melalui :
-paypal
-cek 
-atau lain cara yang di tentukan sama ada oleh majikan atau pekerja. 

Ketiga:

Bayaran upah yang agak lumayan antara $25 - $750 (US Dolar tu) bergantung kepada jenis pekerjaan yang ditawarkan dan yang kita pilih.

Keempat:

Boleh menentukan jadual bekerja sendiri,
(tiada majikan depan mata. bebas buat kerja dengan masa sendiri. janji kerja siap pada tarikh yang dijanjikan)

Kelima:

terima makluman tawaran kerja melalui email setiap hari, 
(ada saja tawaran kerja terbaru, TaskV.com akan maklumkan melalui email. Jika berminat, dan rasa boleh berikan kerjasama sepenuhnya, kita boleh memohon kerja tersebut)

Keenam:

akses ke job board 24/7 mengunakan apa - apa device, PC, laptop, tablet atau mobile device.
(balik kampung pun boleh update kerja apa yang ada)

Pekerjaan apa yang ditawarkan?

Ada 9 Kategori iaitu:




- Admin Support
- Business Services

- Customer Service
- Design & Multimedia
- Networking & IT
- Sales & Marketing
- Software Development
- Web Development
- Writing & Translation


Untuk saya, saya memilih bidang Design & Multimedia semasa mendaftar dan menerima update tawaran pekerjaan setiap hari di email ! ;)


Pelangan boleh subscribe untuk terima job alert mana - mana bidang dan boleh akses semua jenis kerja di job board tanpa mengira kategori.

Yuran Keahlian?

TaskV tawarkan 5 plan keahlian yang boleh di pilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian di beli, lebih murah harga di tawarkan dan banyak penjimatan.

Pembelian akses keahlian adalah mengunakan PayPal atau kad kredit/debit melalui sistem pembayaran PayPal.

Yuran keahlian adalah seperti berikut:
1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)
1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
Setahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)





Cepat rebut peluang ini,

TAWARAN ISTIMEWA
Masa Terhad!! 
Untuk masa terhad, TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari). 

Perlu guna kod promosi di bawah semasa mendaftar:
Promotion code: REVIEW
Sah sehingga 28 Feb 2015 sahaja.


Cara untuk join dan claim tawaran diskaun:

1: Pergi ke laman http://taskv.com


2: Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.






3: Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com di email anda sendiri



4: Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan. 




Promotion code: REVIEW
Sah sehingga 28 Feb 2015 sahaja.


Untuk masa terhad, TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari). 


5: Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai.



Semudah itu!
Harapan saya, TaskV.com boleh dijadikan antara platform untuk yang ingin bekerja dan berpendapatan dari rumah. Ibu-ibu juga boleh mula kan apply dan dapatkan pekerjaan dari sini. Seronok bila boleh bekerja dari rumah untuk duit kocek dan simpanan sendiri sambil menguruskan rumah!

Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan team TaskV. boleh komunikasi dalam bahasa melayu kerana team TaskV ini adalah orang Malaysia kita juga! ;)







Selamat Maju Jaya


Khairunnisa Hamzahara 

senibina kehidupan di rumah
 #mother8home.com (coming soon)
 -------------------------------------------------------------------------------------- 
Daftar Belajar Bina Blog Online :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/blogbernyawa 
Daftar Belajar Buat Ebook Online :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/buatebook 
Dapatkan Panduan Penjenamaan :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/ebookbranding 
Dapatkan Panduan Kediaman :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/kediamanpertamaku

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO