NUFFNANG

Tuesday 15 April 2014

Kenapa Arkitek Perlu Jadi Professional?

Teks: khairunnisa hamzahara


ARKITEK?
ARKITEK?
Ramai orang yang mengelakkan diri untuk mendapatkan khidmat seorang Arkitek bagi projek pembinaan kediaman mereka. Ada yang berkata "Mahal lah kalau pakai Arkitek, baik terus upah kontraktor berpengalaman sahaja". Namun adakah kita faham apa kesannya apabila tidak menggunakan perkhidmatan Arkitek bertauliah dalam projek pembinaan kediaman kita? Saya akan kongsikan kesannya di akhir artikel ini nanti.

Sebenarnya, saya tidak menyalahkan mereka yang terus buat keputusan untuk tidak mengambil perkhidmatan Arkitek bulat-bulat kerana semenjak saya ke udara di internet menerusi blog ini, saya menerima pelbagai message pertanyaan di email yang bertanyakan tentang skop kerja Arkitek dan yuran perkhidmatannya bagaimana. Hasil berhubung dengan ramai orang yang merupakan dari kelompok taraf sederhana, rupanya mereka sangat "takut" untuk mengambil perkhidmatan Arkitek atau mendekati Arkitek kerana perkara-perkara yang difikirkan di minda masing-masing seperti berikut:

1. Arkitek berwajah sangat professional - tentunya yuran perkhidmatannya sangat Mahal
2. Firma Arkitek bertutup rapat dan berpintu kaca legap - menakutkan dan dilihat tidak mesra
3. Arkitek hanya digunakna untuk projek Mega -sedangkan projek mereka hanya tambah rumah dan buat rumah sebuah
4. Tidak pernah kenal Arkitek - Tiada kenalan atau keluarga yang kenal Arkitek
5. Tidak pernah tahu skop kerja Arkitek - Tak terfikir pun nak mencari Arkitek

Dan ada beberapa perkara lagi yang dibayangkan oleh masyarakat yang terdiri dari golongan sederhana dan biasa ini. Jadi di sini, saya yang merupakan Arkitek Graduan yang bakal menduduki peperiksaan Arkitek Professional sekali lagi (tahun lepas tidak berjaya ;)), saya rasa sangat bertanggungjawab untuk berkongsikan kepada semua pembaca di sini tentang Kenapa Arkitek Perlu Jadi Professional?

Arkitek adalah satu kerjaya yang professional. Ia terikat dengan Code Of Architect Conduct. Di mana Arkitek tidak boleh berkelakuan bebas sesukahati dan Arkitek perlu menjalankan profession mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ia sama seperti kerjaya Professional yang lain seperti peguam, dokter, jurutera dan akauntan. Pernah tidak kita lihat iklan perkhidmatan mereka ini di tepi jalan? Ia tidak dibenarkan sama sekali. Apabila menjadi seorang professional, maka mereka perlu beraksi secara cool dan sopan. Tiada istilah perebutan pelanggan dan perlu jalankan tanggungjawab dengan baik apabila di lantik oleh pelanggan. Kesian bukan? Sebagai seorang Arkitek, beriklan adalah salah sama sekali. Maka tidak lah masyarakat kenal siapa itu Arkitek kerana ia tiada di iklan suratkhabar, tiada di banner tepi jalan dan tiada di poster di tepi highway. Akhirnya ramai yang ambil keputusan untuk mengupah kontraktor "bertauliah" sahaja.

Saya juga tidak pasti anda perlu berkenalan dengan Arkitek bermula dari mana. Sama ada diperkenalkan oleh kontraktor, oleh majlis perbandaran atau saudara mara dan kenalan lain yang pernah buat projek Mega. Namun yang pastinya, anda boleh mencari Arkitek melalui senarai Arkitek di Lembaga Arkitek Malaysia sekiranya tiada seorang pun dari kenalan atau saudara mara yang kenal atau merupakan seorang Arkitek bertauliah.

Di Malaysia Arkitek tidak ramai , tidak sampai 2000 orang jumlahnya. Di antara kami boleh saling kenal antara satu sama lain kerana jumlah kami yang sedikit. Dari segi yuran perkhidmatan, sudah ada cara pengiraan untuk setiap projek dengan kos dan jenis yang berlainan seperti yang dicatatkan pada scale of minimum fee untuk perkhidmatan Arkitek. Jadi jangan risau tentang yuran perkhidmatan yang perlu di bayar kerana ia berpatutan.

Contohnya untuk projek membina kediaman yang bernilai rm500,000, yuran arkitek adalah 10% daripada kos pembinaan kediaman iaitu rm50,000. Ini bermakna, tuan rumah perlu bersiap sedia dengan kos berjmlah rm550,000 ke atas. Walaupun kita melihat jumlah ini besar, namun ia adalah nilai yang berpatutan kerana dengan jumlah rm50,000 itu, arkitek dapat menampung:

1. minimum 6 bulan pendapatan (paling awal projek siap 6 bulan dan boleh capai sehingga 2 tahun lamanya)
2. perlu bayar gaji pekerja, pelukis dan pengurusan
3.perlu berulang alik untuk proses submission projek pelanggan dan monitor perlaksanaan projek di tapak sehingga siap.

Apabila di bahagikan kepada bulanan, mingguan dan harian. ianya sangat sedikit jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan seperti:

1. Membuat analisa tapak
2. Membuat kajian rekabentuk yang sesuai
3. Menyediakan rekabentuk awalan
4. Menyediakan rekabentuk perincian
5. Membuat submission pada majlis
6. Melantik kontraktor
7. Melantik konsultan di bidang lain seperti jurutera dan sebagainya
8. Monitor kerja di tapak
9. Memperakukan kerja-kerja kontraktor di tapak
10. Menjaga kualiti kerja di tapak
11. Memilih bahan yang baik dan berbaloi
12. Menguruskan pembayaran kepada semua pihak
13. Berurusan dengan TNB dan Syabas
14. Memperakukan semua kerja adalah baik dan selamat untuk diduduki oleh pemilik
15. Memastikan pembinaan mengikut undang-undang dan berdaftar dengan majlis
16. Dan melayan kerenah pelanggan yang sering suka memilih dan berubah-ubah permintaan

Kesemua ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh mereka yang tidak berdaftar terutamanya apabila sampai ke peringkat memperakukan kualiti dan keselamatan pembinaan. Apabila tidak melantik Arkitek berdaftar, seseorang itu perlulah bersiap sedia dengan risiko seperti:

1. Hasil pembinaan yang tidak bermutu
2. Rekabentuk yang tidak mengikut kesesuaian dan citarasa pemilik
3. Merasa tidak puas hati dengan hasil kerja kontraktor
4. Tidak tahu akan tahap keselamatan pembinaan kerana tidak di periksa oleh sesiapa yang bertauliah
5. Menanggung kos yang berlebihan kerana banyak kos tersembunyi dan kos tambahan sepanjang pembinaan
6. Tiada dokumen perjanjian yang boleh menyebabkan kontraktor lari atau menurunkan kualiti pembinaan

dan banyak perkara lagi yang boleh terjadi seandainya kita tidak menggunakan perkhidmatan Arkitek berdaftar. Ia sama seperti ketika jual beli rumah. Apa risiko tidak menggunakan Ajen berdaftar? Begitu juga apabila ingin mengubati penyakit atau melakukan pembedahan, apakah risiko tidak menggunakan perkhidmatan Dokter Bertauliah berdaftar? Apa pula akibatnya jika gunakan perkhidmatan Peguam yang tidak berdaftar?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikir-fikirkan

Sampai di sini dahulu, kita sambung lagi di lain artikel

Salam Sayang
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah

www.rekabentuk3donline.com
http://rekabentuk3donline.com



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO