NUFFNANG

Monday 2 December 2013

HIASAN DALAMAN RUANG TAMU ,RUANG MAKAN DAN RUANG DAPUR RUMAH JENIS APARTMENT

Teks: khairunnisa hamzahara

Baru-baru ini saya menerima email di mana tempahan rekabentuk dibuat oleh puan pelanggan yang membaca tentang khidmat rekabentuk 3D ini di blog Panduan Untuk Kediaman Idaman untuk ruang terbuka di rumah apartmentnya. Ruang tamu, ruang makan dan dapur di satukan dalam satu pelan terbuka. Puan pelanggan telah melantik saya untuk membuat rekabentuk 3D hiasan dalaman ruang-ruang ini. Saya sangat teruja untuk menghasilkan rekabentuk yang terbaik dan dalam masa yang sama dapat menambah nilai ruang-ruang tersebut. Oleh itu, beberapa idea dan konsep telah saya ketengahkan untuk memberikan ruang yang terbaik untuk puan pelanggan sekeluarga.

PEMBAHAGIAN RUANG PELAN TERBUKA


Gambar : Pandangan pertama pelan 3D keseluruhan ruang terbuka apartment
PERANCANGAN KESELURUHAN RUANG 

Ruang yang di kenal pasti pada pelan terbuka ini adalah ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur. Dari pintu masuk, direka satu laluan menyambut tetamu dengan adanya cermin muka yang besar dan diletakkan bingkai gambar, bunga serta lampu spotlight kuning di mana di bawahnya dilengkapi dengan almari kabinet untuk penyimpanan barang-barang keperluan rumah yang kemudiannya terus melalui ruang dapur. Oleh kerana sebaik melalui ruang masuk itu akan terus melalui dapur, satu bentuk gerbang di reka bagi membahasakan bahawa dapur ini adalah privacy. Saya juga mencadangkan agar ruang dapur ini dinaikkan sedikit, oleh itu, untuk ke dapur, perlu melalui gerbang ini dan perlu menapak 1-2 anak tangga. (Ruang jadi sedikit tinggi)

Ruang dapur ini bersambung dengan meja bar di mana ia juga merupakan meja kerja ,tempat membasuh makanan dan meja sarapan. Bersebelahan dengan meja bar adalah ruang makan yang memuatkan 4 buah kerusi. Bagi memberikan suasana dan mood khas di ruang makan, panel kayu di wujudkan bagi memisahkan laluan pergerakkan orang dari bilik-bilik tidur dan ruang tamu. Di bawah panel kayu turut di bina almari kabinet untuk diletakkan perkakas ruamah. Di ruang tamu, suasana mesra di ketengahkan dengan penggunaan kerusi L-Shaped dan turut diletakkan kabinet tv dan tv. Kerusi L-shaped ini mengadap pemandangan balkoni dan diserikan dengan penggunaan meja kopi berbentuk bulat bagi memecah suasana segiempat di ruang tersebut.

Pembaca sekalian boleh scroll ke bawah untuk melihat lebih jelas lukisan-lukisan rekabentuk hiasan dalaman 3D yang dihasilkan di setiap ruang:
Gambar: pandanagan 3D pelan keseluruhan rekabentuk hiasan dalaman ruang

SEKITAR PANDANGAN RUANG MAKAN DAN MEJA BAR


Gambar: Pandangan atas sudut makan, hiasan dinding sudut makan, meja bar sarapan dan gerbang ke dapur


Gambar: Pandangan dari Meja makan ke ruang tamu melalui panel-panel kayu
Gambar: Pandangan dari sink meja bar ke ruang makan


Gambar : Pandangan dari dapur mengadap gerbang dapur di mana lantai dapur di tinggikan sedikit
Gambar: pandangan dari gerbang dapur hingga ke pintu ruang laundry
Gambar: Pandangan dari meja makan ke bar dan dapur

RUANG TAMU DAN RUANG TV



Gambar: pemandangan ruang tamu

RUANG MASUK (ENTRY)




Sampai di sini dahulu, saya akan kongsikan konsep dan rekabentuk yang lain pula di lain masa. Untuk sebarang tempahan rekabentuk boleh hubungi saya .. Insyaallah saya cuba bantu sedaya yang mampu. Yang baik itu dari Allah yang ada kekurangan itu dari saya sendiri. Wallahualam, 

Untuk dapatkan Panduan Tentang KEdiaman pertama yang baru ingin dimiliki, boleh dapatkan EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU. Untuk promosi pre order, ebook ini hanya boleh didapatkan dengan harga rm50 sahaja. Ebook ini bakal menjadi rm70 apabila diterbitkan kelak pada 1 Januari 2014. Antara kandungan Ebook adalah seperti berikut:



BAB 1: PENGENALAN TENTANG KEDIAMAN
BAB 2: CARA MEMILIKI KEDIAMAN (BELI)
BAB 3: CARA MEMBINA KEDIAMAN (BINA)
BAB 4: IDEA DAN CARA MENGUBAH SUAI KEDIAMAN (RENOVATE)
BAB 5: IDEA SUSUNATUR RUANG
BAB 6: IDEA HIASAN DAN AKSESORI
BAB 7: IDEA PILIHAN WARNA
BAB 8: PERSIAPAN MENYAMBUT TETAMU & MENGADAKAN JAMUAN
BAB 9: PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN KEDIAMAN

BONUS: KEDIAMAN YANG MENJANA PENDAPATAN

PROMO EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU
Tempah rekabentuk 3D online untuk kediaman: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
Belajar online- asas rekabentuk 3D sketchup : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_14.html

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO