NUFFNANG

Friday 18 October 2013

PROGRAM REALITI MENGHIAS KEDIAMAN IDAMAN

Teks: khairunnisa hamzahara




Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Illahi,

Sukacitanya di sini saya ingin mengumumkan kepada semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman bahawa masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan satu program Realiti Menghias Kediaman di mana saya akan menjadikan rumah kedua saya sebagai rumah contoh. 

Saya telah membeli sebuah rumah teres 1 tingkat pada pertengahan tahun ini dan saya memilih untuk menjadikan rumah ini sebagai rumah contoh dalam menghias kediaman. Ini kerana rumah teres merupakan jenis rumah yang paling banyak dimiliki oleh rakyat Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru. Saban hari inbox saya dipenuhi dengan pertanyaan bagaimana untuk menghias ruang tamu, ruang dapur, ruang keluarga dan sebagainya. 

Harapan saya adalah dengan adanya perkongsian saya sendiri tentang menghias kediaman idaman dari A-Z melalui PROGRAM REALITI MENGHIAS KEDIAMAN IDAMAN yang diterbitkan oleh saya sendiri ini melalui blog PANDUAN UNTUK KEDIAMAN IDAMAN INI, akan dapat menggembirakan ramai pihak dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

TEMPOH

Insyaallah pemaju akan menyerahkan kunci dalam masa terdekat ini dan saya akan mulakan dengan proses mencuci kediaman terlebih dahulu.Proses menghias kediaman ini akan mengambil masa sehingga awal tahun 2014.

PENAJA

Justeru itu, saya membuka peluang kepada semua pembekal kedai barangan untuk kediaman untuk menaja barangan masing-masing untuk saya lengkapkan di kediaman contoh saya ini sebagai perkongsian dengan pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman dan dengan pelanggan-pelanggan saya disepanjang saya membuat perkhidmatan merekabentuk dan menghias kediaman mereka nanti.

Tiada batasan dalam penajaan, Insyaallah saya akan cuba sesuaikan dengan ruang dan konsep yang diketengahkan. Semua penaja boleh berbincang dan berhubung dengan saya terlebih dahulu tentang barang dan perkara yang akan ditaja serta kebaikkan bagi setiap barang tersebut agar ianya dapat dikongsikan di blog ini dan sekaligus menarik minat pembaca untuk mendapatkannya. 

TRAFFIK BLOG

Bagi maklumat bakal penaja dan semua pembaca, Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan dari pembaca sekalian, blog Panduan Untuk Kediaman Idaman ini merupakan carian pertama dalam enjin carian Google di bawah kata kunci "Kediaman Idaman" mahupun "Kediaman". Ia telah mengalahkan wikipedia di mana wikipedia telah jatuh kepada no2 dalam carian Google di bawah kata kunci "kediaman". 

Oleh yang demikian, saya merasakan satu tanggungjawab yang sangat besar untuk menyumbang dan menyalurkan maklumat tentang Panduan Untuk Kediaman Idaman buat pengguna Google yang mencari info terkini berkaitan kediaman. Saya sangat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi menjayakan program ini. 

CADANGAN

Sementara program sedang di peringkat permulaan, saya sangat berharap mendapat Feedback dari orang ramai tentang program ini dan jika ada idea-idea yang lebih menarik untuk dikongsikan, kalian boleh kongsikan di email peribadi saya iaitu khairunnisahamzahara@gmail.com

Akhir kata, terima kasih kerana memberikan sokongan yang tidak putus terhadap blog Panduan Untuk Kediaman Idaman ini. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk terus berkongsi di alam maya tentang Panduan Untuk Kediaman Idaman melalui blog ini. Dengan ini saya merasmikan logo program ini dengan menggunakan nama "KEDIAMAN IDAMAN".

Wassalam

Penulis Blog 
PANDUAN UTUK KEDIAMAN IDAMAN :

//KAHIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}








0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO